CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 9 December 2011

Rehatkan Minda


Rehatkan Minda
Situasi 1
Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah.
Cikgu : Hari ini kita akan belajar mengira..
Murid-Murid : Baik cikgu..
Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Ahmad
Cikgu : Ahmad, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji epal tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jdi berapa...?
Ahmad : Jadi ROJAK cikgu..!! Nyam2..
Cikgu : Hah...??

Situasi 2
Cikgu : Mat, 4 x 6 berapa?

Mat : 24, cikgu...

Cikgu : Bagus, 6 x 4 berapa?

Mat : Sudah tentu 42.

Situasi 3
Pada suatu hari, seorang ibu mengajar anaknya cara mengira.

EMAK: Katakan kita hendak pergi berkelah. Kita mahu minum Coca Cola. Yang pergi berkelah adalah ayah, emak, kamu, kakak dan nenek. Berapa tin Coca Cola yang kita perlu bawa semasa berkelah, supaya setiap orang dapat minum satu tin Coca Cola.

ANAK: Biar saya kira.... mmm... empat tin, mak!

EMAK: Biar betul, nak. Cuba kira lagi.

ANAK: Betullah mak. Empat tin semuanya!

EMAK: Salah! Jawapan betul ialah lima. Bagaimana kamu kira empat, nak?

ANAK: Empat.....

EMAK: Lima!!!!

ANAK:Ya empatlah!!! Orang yang nak minum Coca Cola cuma empat, saya kan mahu minum Pepsi.

EMAK: @#$%@%!!!

Situasi 4
Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.

Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"

Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??

Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".

Menukar Pecahan Wajar Kepada Pecahan Setara

 
 
Hai adik-adik..

kita berjumpa lagi di ruangan ini..

kali ini kami tampilkan kepada adik-adik bagaimana untuk menukar pecahan wajar 

kepada pecahan setara tanpa melibatkan operasi bahagi dan darab..

pasti adik-adik tertanya-tanya bukan?? :)

sebelum itu, kami ingin bertanya
ADAKAH ADIK-ADIK MASIH INGAT PADA??


1, 2, 3, 4,......

2, 4, 6, 8, .......

3, 6, 9, 12,.......

4, 8, 12, 16,.....


pasti masih ingat lagi akan sifir ini bukan??

formulanya mudah sahaja:

cuba adik-adik perhatikan betul-betul bagaimana kami menulisnya: 

                                            1 / 4 = 2 / 8 = 3 / 12 = 4 / 16

lihat, hanya dengan kemahiran mengingat sifir, adik-adik sudah dapat menukarkan 

pecahan wajar kepada pecahan setara dengan cukup mudah..

apa tunggu lagi adik-adik!!



SELAMAT MENCUBA DAN JUMPA LAGI.. :)

Konsep Pecahan






Sekarang kita tambah lagi kefahaman adik-adik.

Di sini, disediakan contoh soalan dan penyelesaian bagi memantapkan lagi 


.kefahaman adik-adik berkenaan konsep pecahan..

Contoh 1 :

3 / 8 daripada 8 batang pen ialah 3 

Penyelesaian 1:



                                                1   2   3   4   5   6   7  8


Contoh 2:

 2 / 4 daripada 4 kaki payung ialah 2 


Penyelesaian 2: 
1
42
3



Sekarang, bagaimana adik-adik?? mesti dah faham kan..

banyak lagi contoh akan diberikan pada episod akan datang..

sampai jumpa lagi.. :)

Rehatkan Minda

 
Hai adik-adik semua....
Jom kita rehatkan minda sebentar...
Jom kita layan...


Cikgu : Sekarang saya nak hangpa semua jawab soalan saya ni...EMPAT TOLAK DUA berapa?
Pelajar: 4 – 2 = 2..
Cikgu : Betul ke dua..hangpa pasti ka?..ok Karim, Kader..betul ka?
Karim : Betul Cikgu..DUA
Kader: Jawapan dia DUA cikgu..
Cikgu : Bagus...hangpa semua memang pandai.


Cikgu : Ok kalau TOLAK DUA TAMBAH EMPAT pulak..berapa jawapannya?
Pelajar : ENAM
Kader : Eh apa pulak 6..LAPAN la..
Karim : Hang lagi bengong..Kan kat depan tu ada tolak...jawapan dia TOLAK ENAM.
Kassim : Bukan tolak la..NEGATIF ENAM...cikgu pun silap tu..
Cikgu : Oh ya ka..maaf...ok ganti TOLAK dengan NEGATIF..so apa jawapannya?
Pelajar: -2 + 4 = -6 ..
Cikgu : Kamu pastiker tu jawapan dia?
Pelajar: Iye..NEGATIF ENAM..
Cikgu : Muktamad?..tiada bangkangan?
Pelajar: Muktamad cikgu...
Cikgu : Sekali lagi...hangpa memang terer.

Cikgu : Kalau LIMA TOLAK EMPAT?
Pelajar : SATU.
Cikgu : TOLAK EMPAT TAMBAH LIMA?
Pelajar : TOLAK SEMBILAN
Cikgu : Betul ka?..muktamad?
Pelajar: muktamad cikgu..
Cikgu : Kassim macam mana?
Kassim : NEGATIF SEMBILAN la..
Cikgu : Alamak saya silap lagi...Hangpa memang terer.

Cikgu : Katakanlah hangpa hutang dengan saya DUA ringgit...hangpa dah bayar EMPAT ringgit...jadi hangpa masih hutang lagi dengan saya ENAM ringgit...betul?
Pelajar : Eh..mana boleh cikgu...sepatutnya dah habis la hutang tu..
Cikgu : Apa alasan hangpa?
Pelajar : Kami hutang DUA ringgit ja..lepas tu bayar EMPAT ringgit..bukan saja dah habis bayar hutang..lebih lagi DUA ringgit lagi..
Cikgu: Habis tu kan hangpa cakap tadi..-2 + 4 = -6 ?
Pelajar : Eh........
Cikgu : Kassim?
Kassim : hehehehe...

Penambahan Pecahan

Hasil Pembelajaran
  1.    Menambah nombor bercampur dengan nombor bulat.
  2.   Menambah nombor bercampur dengan pecahan wajar yang penyebut pecahan sama.
  3. Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama     

    MASIHKAH ADIK-ADIK INGAT????
    terdapat jenis PECAHAN


                                   (pecahan wajar)                   (pecahan tak wajar)        (nombor bercampur)

    Nombor bercampur terdiri daripada:


    pembelajaran pada hari ini tertumpu kepada PENAMBAHAN 

    lihat contoh-contoh di bawah:

    nombor bercampur +  nombor bulat
    INGAT ADIK-ADIK!!

    Sekiranya nombor bercampur ditambah dengan nombor bulat, maka;
    TAMBAH NOMBOR BULAT terlebih dahulu.

    contohnya:
    1 1/2 + 1 =1+1+1/2 = 2 1/2

    nombor bercampur  pecahan wajar yang sama penyebut

    TAHUKAH ADIK-ADIK?

    1 1/4 + 1/4 = 1 2/4
    namun begitu,
    1 2/4 ialah SETARA dengan 1 1/2
    ..oleh itu..
    jawapan adik-adik hendaklah ditulis dengan pecahan setara yang kecil

    nombor bercampur +  nombor bercampur (penyebut yang sama)


    maka adik-adik,
    TAMBAHKAN nombor bulat terlebih dahulu
    kemudian,
    barulah TAMBAHKAN pecahan

    1 + 1 = 2
    1/4 + 1/4 = 1/2
    2 + 1/2 = 2 1/2
    ^ selamat mencuba adik-adik ^

    JOM KITA CUBA       

    2 + 9/10 =

    5/6 + 2 =

    3/8 + 2 5/8 =

    7 4/9 + 2/9 =

    2 2/5 + 7 1/5 =

    3 5/8 + 2 1/8 =

Thursday 8 December 2011

Mengenal Pecahan

1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan. 

2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.
 
3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya
    adalah sama;
 
    Contoh: , ,  dan sebagainya.
 
4. Bahagian-bahagian pada pecahan:
 
a)     Pengangka - angka yang terletak di atas
 
b)     Penyebut - angka yang terletak di bawah

5. Jenis-jenis pecahan:
 
    (i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.
        Contoh: ,
 
    (ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.
         Contoh: ,
 
    (iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.
          Contoh:  setara dengan
 
    (iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.    
          Contoh: ,

Menukar Pecahan (Bahagian 1)

Assalamualaikum...
Apa khabar semua..... Hari ini cikgu nak berkongsi tentang menukar pecahan....
Semoga adik-adik semua faham dengan apa yang cikgu nak kongsikan....

Apa maksud pecahan wajar & pecahan tak wajar?

Pecahan wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7
 


Pecahan tak wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau
  sama dengan penyebut
- (pengangka penyebut)
- contoh, 6/5

Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut:

 
bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna?

antara caranya ialah: 
9 ÷ 3 = 3 

9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan. 
oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3. 
jumlahnya ialah 3.
jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.

Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.

Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1

Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:
 
1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi

(untuk lebih memahami, sila rujuk gambar dibawah)
Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar.

1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat 
(berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut

Misalnya: 

~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~