CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 2 December 2011

Kaifiat Azan dan iqamat

CARA AZAN DAN IQAMAH
Kitab Rahsia Sembahyang.
Haji Abdul Hadi Kamal 1972
Imam Masjid Jamek Sabak Bernam.

KELEBIHAN AZAN
Berhubung dengan soal azan ini ada beberapa banyak hadith-hadith Rasulullah saw yang menerangkan pahala dan kelebihan mereka yang menjadi tukang (muazzin), di antaranya baginda bersabda:
‘Siapa yang (azan) kerana sembahyang selama 7 tahun sambil mengharapkan pahalanya nescaya di tulis oleh Allah terlepas ianya daripada api neraka.’
sabdanya lagi:
‘Siapa yang (bang) selama 12 tahun di wajibkan baginya masuk syurga’.
Hadith yang lain ada menerangkan:
’3 orang yang di pelihara Allah daripada terkena azab kubur:
1. Orang yang mati syahid
2. Tukang Bang (azan)
3. Orang yang mati pada hari jumaat atau malamnya.’
Sabdanya lagi:
‘Siapa yang mendengar seruan bang (azan) maka mengkucup 2 ibu jarinya serta di letakkan ke atas 2 matanya sambil membaca doa:
‘Marhaban Ya zikrillahi Taala Qurratu Akyunina Bika Ya Rasulullah’
Maka aku akan mensyafaatkannya pada hari kiamat dan memimpinnya bawa ke syurga’.

AZAN
Sebelum daripada melakukan solat 5 waktu maka di sunatkan azan terlebih dahulu,
Adapun syaratnya:
1. Islam
2. Mumayyiz (cukup umur)
3. Lelaki

KAIFIAT AZAN
Cara azan:
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (2 kali)
ASYHADU ALLAA ILAA HA ILLALLAH (2 kali)
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAH (2 kali)
HAYYA ALASSOLAH (2 kali)
HAYYA ALAL FALAKH (2 kali)
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (2 kali)
LAA ILA HA ILLALLAH (1 kali)
maksud:
Allah Maha Besar
Aku mengaku bahawa tiada tuhan di sembah melainkan Allah
AKu mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah menunaikan solat
Marilah menuju kejayaan
Tetapi apabila azan waktu subuh mahulah di tambah selepas daripada lafaz ‘Hayya Alal Falakh’ tadi dengan lafaz ‘ASSOLAATU KHAIRU MINAN NAUM (2 kali)’ yang maksudnya ‘Solat itu lebih baik dariada tidur’.
Maka di sunatkan menjawab tiap-tiap mereka yang mendengar azan itu iaitu sebagaimana yang di ucapkan oleh Tok Bilal (tukang azan), melainkan pada lafaz ‘Hayya alas solah dan Hayya alal falakh’ mahulah dijawan dengan perkataan: ‘Laa Haw Lawala Quwwata Illa Billah’ yang maksudnya ‘Tiada kekuatan bagi kami (hendak menolak maksiat dan tiada hendak mengerjakan taat) melainkan dengan pertolongan Allah.’
Adapun pada lafaz ‘Allah akhbar’ dan ‘Laa ilaa ha illallah’ mahulah di jawab seperti yang demikian jua.
Hanya pada lafaz ‘Assolaatu khairu minan naum’ mahulah di jawab dengan lafaz: ‘Sodaqtu Wa Barartu’ yang maksudnya ‘Benarlah perkataan engkau dan kamu telah mendapat kebajikan’.
Adapun sembahyang yang lain daripada fardhu tiadalah di sunatkan (azan) apakala hendak mendirikan jemaah seperti sembahyang 2 Hari Raya, sembahyang gerhana bulan dan matahari, maka memadailah dengan berkata:
‘ASSOLATU JAMIATU RAHIMAKUMULLAH’.
Kalau hendak mengerjakan solat jenazah memadai di seru dengan lafaz:
‘ASSOLATU ALAL MAYYITIL HADIRI RAHIMAKUMULLAH’.
Bermula solat di atas mayat yang hadir ini memberi rahmat oleh Allah kepada kamu.
IQAMAT
Apabila sesudah selesai azan (bang) maka di sunatkan pula iqamat yaitu mahulah di ucapkan:
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (1 kali)
ASYHADU ALLAA ILAA HA ILLALLAH (1 kali)
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAH (1 kali)
HAYYA ALASSOLAH (1 kali)
HAYYA ALAL FALAKH (1 kali)
QAD QA MATISSOLAH (2 kali)
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (1 kali)
LAA ILA HA ILLALLAH (1 kali)
Mahulah menjawab Iqamah seperti jawapan azan tadi hanya
Pada lafaz ‘Qad Qa Matissolah’ mahulah di jawab: ‘Aqa mahallahu wa ada maha maa daa matissamawatu wal ard wa ja ngalani minassolihi ahlihaa’ yang maksudnya ‘Allah yang mendirikannya dan mengekalkannya selama berkekalan 7 petala langit dan bumi serta di jadikan saya daripada golongan ahli solihin (orang yang baik-baik)’.
Apabila sudah selesai daripada azan atau iqamat mahulah di baca doa ini:
‘Allahumma robba hazihidda’wati tammati wassolatil qaa imah
Aati sayyidina Muhammadanil wasilati wal fadilata wassyarofa
Wad darojatal ngaliyatar rofi ngata wab ashul maqaamal mahmudallazi
Wa ad tahu innaka laa tukh liful mi aad’.
maksud:
Ya Allah tuhan yang mempunyai ini seruan yang sempurna, dan tuhan yang memiliki ini solat yang akan diidrikan, kurniakanlah kepada penghulu kami sayyidina muhammad akan satu perantaraan, kelebihan, kemuliaan dan pangkat yang maha tinggi, berikanlah satu martabat maqam yang terpuji yang mana kamu sudah janjikan, bahawasanya kamu (Allah) tiada menyalahi akan perjanjian.

0 comments:

Post a Comment