CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 8 December 2011

Menukar Pecahan (Bahagian 1)

Assalamualaikum...
Apa khabar semua..... Hari ini cikgu nak berkongsi tentang menukar pecahan....
Semoga adik-adik semua faham dengan apa yang cikgu nak kongsikan....

Apa maksud pecahan wajar & pecahan tak wajar?

Pecahan wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7
 


Pecahan tak wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau
  sama dengan penyebut
- (pengangka penyebut)
- contoh, 6/5

Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut:

 
bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna?

antara caranya ialah: 
9 ÷ 3 = 3 

9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan. 
oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3. 
jumlahnya ialah 3.
jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.

Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.

Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1

Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:
 
1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi

(untuk lebih memahami, sila rujuk gambar dibawah)
Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar.

1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat 
(berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut

Misalnya: 

~semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahaminya~



0 comments:

Post a Comment