CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 3 December 2011

Belajar matematik - Teknik penolakan nombor yang mudah



Salam semua.... Tetiba jer ada entri belajar matematik. Kata dah pencen hari tu. Bukan pencen sebarang pencen... bab bagi tips takde maknanya nak pencen. Ketahui teknik penolakan nombor yang mudah dan cepat. Kira secara congak sahaja. Tak perlu pen dan kertas. Apalagi kalkulator.



Contoh:






Soalan melibatkan proses pengumpulan semula. Anak-anak kurang mengemari soalan yang sebegini. Bagaimana untuk membantu mereka mencari jawapan dengan cepat tanpa bantuan pen dan kertas?



Langkah 1:






Asingkan nombor seperti contoh di atas. Ini kerana, adalah lebih mudah untuk melakukan penolakan yang melibatkan nombor gandaan sepuluh.



Langkah 2:






Lakukan penolakan antara nombor 70 dan 40. Nombor asas 2 dan 7 hendaklah dikekalkan.



Langkah 3:






Lakukan penolakan antara nombor 30 dengan 7 pula. Nombor asas 2 dikekalkan.



Langkah 4:






Jawapan diperolehi dengan mencampur dua nombor yang akhir.



******************************************************

Masih sukar untuk memahami? Apa kata kamu lihat contoh yang ini pula.



84 - 66 = ?



1. Asingkan nombor dalam gandaan 10



(80+4) - (60+6)



2. Lakukan penolakan antara nombor puluh dan mengekalkan nombor asas.



(20+4) - 6



3. Lakukan pula penolakan antara nombor 20 dengan 6 dan mengekalkan nombor asas.



(14+4)



4. Maka jawapan yang terhasil ialah 18.



Apa kata kamu uji kefahaman kamu dengan menjawab soalah ini berpandukan teknik yang diberi.



91 - 19 = ?


0 comments:

Post a Comment